Wednesday, December 22, 2010

PEMBIAYAAN SEMULA PINJAMAN PERUMAHAN

Alhamdulillah...mungkin ini yang di namakan rezeki anak. Pada tanggal 20/12/2010 genaplah setahun usia anak sulong kami iaitu Noor Farihah. Pada tanggal ini jugalah saya mendapat ilham untuk memberikan perkhidmatan baru kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan atau lebih glamour (refinance home loan). Idea ini timbul setelah beberapa orang kawan yang ditemui sebelum ini mengalami kesukaran untuk memohon pinjaman terus kepada pihak bank. Maklum sahaja, pihak bank ni memang banyak kerenah yang perlu kita tempuhi dengan penuh kesabaran (dah nama pun nak pinjam duit orang) jadi biasa la.

Jadi di sini saya dapat idea untuk memudahkan kerja kawan-kawan yang berminat untuk untuk membuat pembiayaan semula perumahan mereka. Antara keistimewaan pembiyaan semula pinjaman perumahan kita adalah:
1). Mengurangkan bayaran bulanan kepada pihak bank.
2). Mendapat pulangan wang tunai yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi.
3). Wang tunai boleh dilaburkan ke tempat-tempat yang memberikan pulangan lumayan seperti ASB.
4). Memendekkan tempoh pinjaman perumahan sedia ada.

Semua ini sangat menarik bukan, sebab itu saya sangat berminat dengan bidang hartanah. Tetapi ini semua bergantung kepada matlamat kewangan kita. Saya juga sedia membantu bagi sesiapa yang inginkan bantuan sokongan untuk mencari dan membeli rumah. Sangat seronok bila kita dapat membeli hartanah idaman dan jangan sesekali takut untuk membeli rumah. Memang ia agak mahal dan prosesnya rumit tetapi dengan cara yang betul, tidak mustahil anda dapat memiliki rumah dengan tidak mengeluarkan walau sesenpun.
 
Bagi sesiapa yang mahukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya...Insya Allah penerangan yang lebih jelas akan saya berikan agar kita dapat manafaat bersama...Amin

Sunday, December 19, 2010

WELCOME!!!

Setelah beberapa lama dihambat oleh beban kerja yang tidak kunjung habis, akhirnya dapat juga blog ini dibuat sehingga peringkat ini. Tujuan utamanya untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan serta menyampaikan sedikit info agar dapat dijadikan pengajaran. Harap bulan hadapan akan ada info terkini untuk dikongsi dengan anda semua...jumpa lagi...