Tuesday, November 8, 2011

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Hari ini anda mampu manjaga keluarga serta membiayai kos rawatan hospital keluarga anda. Dengan pelan "TAKAFULINK PRUDENTIAL BSN" anda dapat memiliki kad perubatan 3 dalam 1. Dengan pelan ini, anda akan dapat manafaat seperti :
~ pembiayaan kos perubatan (medical card)
~ simpanan hari tua (retirement plan)
~ simpanan pendidikan (kanak-kanak)
~ pampasan kematian, kemalangan dan penyakit kritikal
~ bonus tanpa tuntutan
~ perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun

Semua ini boleh didapati di dalam satu pelan sahaja dengan pilihan pelan perubatan yang anda 'mampu miliki'. Kenapa kita perlu memilih Takaful Prudential Bsn:
~ produk berlandaskan syariah sepenuhnya
~ perlindungan menyeluruh untuk bil hospital dan pembedahan
~ pelaburan di dalam dana islam (berlandaskan syariah)
~ kadar pulangan yang tinggi
~ pelan perubatan yang mampu dimiliki

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila sms atau email saya bagi khidmat rundingan percuma.

AZAM BARU

Alhamdulillah, sekarang ini saya telah mempunyai keazaman baru iaitu memberikan kesedaran kepada semua orang tidak kira sesiapa sahaja. Tetapi adalah menjadi keutamaan saya agar pembaca blog ini sendiri dulu mendapat imput dari apa yang akan saya ketengahkan nanti. Jika sebelum ini saya banyak membuat kajian sendiri berkenaan dengan pelaburan hartanah, jualan tudung online dan lain-lain. Akan tetapi, setelah solat bersama seorang rakan baik di Masjid Uia, PJ tiba-tiba saya terfikir bahawa dalam saya mengejar kemewahan hidup di dunia, terlupa seketika pada tuhan yang mencipta.
Saya seakan baru tersedar bahawa tuhan telah memberikan terlalu banyak nikmat sehinggakan kita tidak menghargainya. "kesihatan" baru saya sedar inilah nikmat yang tuhan berikan kepada kita tetapi tidak kita hargai. Sepatutnya dengan kesihatan yang tuhan berikan ini saya perlu bekerja dengan lebih gigih, rajin serta disiplin untuk menjadi umat yang terbaik. Kesihatan bukan hanya diberikan hanya untuk kita beribadat semata-mata tetapi juga untuk memajukan diri serta menolong sesama manusia.
Walaubagaimanapun, seperti yang tuhan janjikan setiap sesuatu ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah sekali lagi, saya telah berjumpa cara terbaik untuk menoptimumkan pencapaian diri dan pada masa yang saya dapat mencapai apa yang saya mahukan...Insya Allah