Monday, December 5, 2011

SENARAI HOSPITAL PANEL TAKAFUL PRUDENTIAL BSN

UTARA ( Perak, Penang, Kedah )


* Pantai Putri, Ipoh                        
* Apollo Medical Centre                        
* Fatimah Hospital                          
* Ipoh Specialist Hospital
* Bagan Specialist Centre
* Pantai Mutiara Hospital
* Hope Children Hospital (FARLIM)
* Loh Guan Specialist Centre
* Island Hospital
* Penang Adventist Hospital
* Lam Wah Ee Centre
* Metro Specialist Hospital
* Putra Medical Centre
* Kedah Medical Centre
* Strand Hospital
* Tanjung Medical Centre
* Hope Children Hospital (Sg. Ara)

SELATAN ( Johor, Melaka, N. Sembilan )


* Medical Specialist Hospital
* Pusat Pakar Kluang Utama
* Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
* Hospital Pantai Batu Pahat
* Johor Specialist Hospital
* Puteri Specialist Centre
* Putra Specialist Hospital (Melaka)
* Hospital Pantai Ayer Keroh
* Mahkota Medical Centre
* Hospital Penawar Pasir Gudang*
* Senawang Specialist Hospital
* Kempas Medical Centre
* Columbia Asia Medical Centre N.9
* Chinese Maternity Medical Centre N.9
* Nilai Cancer Institute
* Seremban Specialist Hospital

TENGAH ( Kuala Lumpur, Selangor )


* Pantai Cheras Medical Centre
* Sentosa Medical Centre
* Pantai Indah Medical Centre
* Tung Shin Hospital
* Hospital Pusrawi Sdn Bhd
* Assunta Hospital
* Pantai Klang Medical Centre
* Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
* Subang Jaya Medical Centre
* Sri Kota Medical Centre
* KPJ Kajang Specialist Hospital
* Sunway Medical Centre
* Institut Jantung Negara
* Prince Court Medical Centre
* Ampang Puteri Specialist
* Tawakal Hospital
* Damansara Specialist Hospital
* Pantai Medical Centre
* KPJ Selangor Specialist Hospital

PANTAI TIMUR ( Kelantan, Terengganu, Pahang )


* Hospital Universiti Sains Malaysia (USM)
* Perdana Specialist Hospital
* Kuala Terengganu Specialist Hospital
* Kuantan Medical Centre
* Kuantan Specialist Hospital

SABAH & SARAWAK


* Sabah Medical Centre
* Rafflesia Medical Centre
* Damai Specialist Centre
* Normah Specialist Medical Centre
* Sibu Specialist Medical Centre
* Rejang Medical Centre
* Timberland Medical Centre
* Columbia Medical Centre
* Kuching Specialist Hospital




PELAN TAKAFUL KELUARGA YANG KOMPREHENSIF

Pelan Takaful Health Prudential BSN adalah pelan 3 dalam 1 dimana anda akan mendapat:
a) manfaat perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun
b) manfaat hospital
c) simpanan pendidikan / persaraan

Manfaat Perlindungan
* Pampasan kematian
* Pampasan hilang upaya kekal
* Pampasan kemalangan
* Pampasan 36 penyakit kritikal
* Sumbangan percuma jika berlaku penyakit kritikal terhadap peserta
* Sumbangan percuma jika berlaku kematian, hilang upaya kekal atau penyakit kritikal terhadap pembayar
* Elaun tahunan hilang upaya
* Elaun tahunan penyakit kritikal

Kad Perubatan
* Kad perubatan bagi membayar bil hospital antara RM 500,000 hingga RM 1.5 juta
* Elaun harian hospital sehingga RM 400 sehari
* Elaun pembedahan sehingga RM 12,500
* Elaun harian ICU
* Elaun cuti sakit akibat kemalangan
* Perlindungan 24 jam di lebih 60 panel hospital pakar di seluruh Malaysia
* Rawatan pesakit luar sebelum dan selepas keluar hospital, penjagaan jururawat, rawatan barah, dialisis buah pinggang serta kemalangan

Simpanan Pendidikan / Persaraan
* Pelaburan di dana yang diluluskan di bawah undang-undang syariah
* Kadar pulangan tinggi
* Pelaburan boleh ditambah pada bila-bila masa
* Melabur untuk dana persaraan anda
* Melabur untuk dana pendidikan anak anda
* Bonus tanpa tuntutan sehingga RM 700
* Simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan dengan baki unit sekurang-kurangnya RM 1000



Tuesday, November 8, 2011

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Hari ini anda mampu manjaga keluarga serta membiayai kos rawatan hospital keluarga anda. Dengan pelan "TAKAFULINK PRUDENTIAL BSN" anda dapat memiliki kad perubatan 3 dalam 1. Dengan pelan ini, anda akan dapat manafaat seperti :
~ pembiayaan kos perubatan (medical card)
~ simpanan hari tua (retirement plan)
~ simpanan pendidikan (kanak-kanak)
~ pampasan kematian, kemalangan dan penyakit kritikal
~ bonus tanpa tuntutan
~ perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun

Semua ini boleh didapati di dalam satu pelan sahaja dengan pilihan pelan perubatan yang anda 'mampu miliki'. Kenapa kita perlu memilih Takaful Prudential Bsn:
~ produk berlandaskan syariah sepenuhnya
~ perlindungan menyeluruh untuk bil hospital dan pembedahan
~ pelaburan di dalam dana islam (berlandaskan syariah)
~ kadar pulangan yang tinggi
~ pelan perubatan yang mampu dimiliki

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila sms atau email saya bagi khidmat rundingan percuma.

AZAM BARU

Alhamdulillah, sekarang ini saya telah mempunyai keazaman baru iaitu memberikan kesedaran kepada semua orang tidak kira sesiapa sahaja. Tetapi adalah menjadi keutamaan saya agar pembaca blog ini sendiri dulu mendapat imput dari apa yang akan saya ketengahkan nanti. Jika sebelum ini saya banyak membuat kajian sendiri berkenaan dengan pelaburan hartanah, jualan tudung online dan lain-lain. Akan tetapi, setelah solat bersama seorang rakan baik di Masjid Uia, PJ tiba-tiba saya terfikir bahawa dalam saya mengejar kemewahan hidup di dunia, terlupa seketika pada tuhan yang mencipta.
Saya seakan baru tersedar bahawa tuhan telah memberikan terlalu banyak nikmat sehinggakan kita tidak menghargainya. "kesihatan" baru saya sedar inilah nikmat yang tuhan berikan kepada kita tetapi tidak kita hargai. Sepatutnya dengan kesihatan yang tuhan berikan ini saya perlu bekerja dengan lebih gigih, rajin serta disiplin untuk menjadi umat yang terbaik. Kesihatan bukan hanya diberikan hanya untuk kita beribadat semata-mata tetapi juga untuk memajukan diri serta menolong sesama manusia.
Walaubagaimanapun, seperti yang tuhan janjikan setiap sesuatu ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah sekali lagi, saya telah berjumpa cara terbaik untuk menoptimumkan pencapaian diri dan pada masa yang saya dapat mencapai apa yang saya mahukan...Insya Allah

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Tanggal 16 Mei setiap tahun, semua guru merayakan hari guru...saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada cikgu-cikgu di Malaysia terutama kepada cikgu-cikgu yang ada di SK La Salle, Petaling Jaya...Sambutan pada tahun ini sungguh meriah dengan pelbagai persembahan dari murid-murid serta acara sukaneka antara cikgu...saja nak share video kemeriahan dengan semua....

Tuesday, March 15, 2011

tul ke jual tudung untung???

sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini ...kekangan masa walaupun banyak yang saya ingin kongsikan dengan semua menyebabkan usaha untuk berkongsi maklumat terbantut seketika..
kali ini saya ingin menceritakan tentang penjualan tudung yang semakin menarik perhatian ramai, bukan sekadar orang yang ingin membeli tetapi yang mencuba untung menjual tidak kiralah sama ada hasil jahitan sendiri atau modalkan wang untuk membeli secara borong dan menjual kembali kepada orang ramai.
Jika anda hendak memulakan perniagaan tudung yang pertama sekali yang anda perlu menitik beratkan cara anda memasarkan tudung anda. Jika anda peniaga kecil-kecilan yang menjahit tudung sendiri cara mempromote tudung anda secara tidak langsung adalah memperkenalkan kepada rakan-rakan atau jiran terdekat..kemudian pelbagaikan corak serta rekabentuk yang anda buat. Ini adalah salah satu attraction yang perlu untuk menarik minat orang bertanyakan tentang tudung anda. selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai cara melalui internet untuk mengiklankan tudung anda seperti facebook, di mudah.com, twitter dan banyak lagi. 
Anda juga perlu melihat kos dan harga jualan. bagi yang menjahit sendiri kos yang digunakan adalah mengikut pembelian harga kain, benang dan lain-lain keperluan jahitan. Jumlah pembelian ini biarlah berbaloi serta yang paling minimum.Jadi untung yang anda dapat adalah berbaloi dengan usaha anda. Tetapi bagi mereka yang beli secara borong tidak perlu memikirkan ini semua....mereka hanya perlu mengeluarkan kos pembelian tudung yang telah siap secara belian borong dan mereka juga dapat memilih corak atau jenis kain yang mereka inginkan. So masing-masing ada pro dan kontra nye...bak kata pelawak terkenal...lu pikirlah sendiri. Tetapi bagi saya jika ada kemahuan disitu ada jalan yang paling penting jangan lah bina jalan separuh je.hehehe...sekian jumpa lagi

Saturday, February 19, 2011

Tudung Oh Tudung (Siri 2)

Setelah sibuk dengan kerja akhirnya saya mendapat masa dan ilham untuk menulis. Ini pun setelah berborak dengan makcik yang mengadu jualan tudung yang dijual kurang mendapat sambutan di tempat kerjanya kerana ada pesaing yang membawa tudung dengan harga yang lebih murah. Walaupun murah tetapi kita perlu mengambil kira kenapa ada yang mahal dan ada yang murah.
Di sini saya ingin menceritakan tentang perbandingan antara jenis kain yang digunakan. Makcik mengadu ada pesaing yang menjual tudung di tempat kerjanya mempunyai lebih ramai pelanggan yang membeli berbanding dengan tudung yang dia jual. Rekaan bentuk sama tetapi jenis kain dan corak pada kain berbeza. Al maklumlah sesetengah orang berfikiran "Ala tudung dia jual RM 30 mahal berbanding yang sorang lagi baru RM 20. Jenis dan design tudung sama je...buat apa beli mahal-mahal." Di sini jenis kain yang memainkan peranan disamping kekemasan jahitan.
Sebenarnya, saya dulu pun tidak mengetahui apa perbezaan dan bak kata orang ikut suka hati membeli yang murah asal boleh digunapakai. Tetapi setelah mengenali dengan beberapa rakan dan tukang jahit yang menjahit dan menjual tudung samada yang berniaga secara sendiri dan juga ada kenalan dari beberapa butik terkenal di Malaysia saya kini dapat menilai harga yang berpatutan dengan jenis kain tudung yang dijual.
Kali ini saya lebih menekankan kepada jenis tudung arianni yang amat diminati kini.( Saya lebih gemar memanggil Tudung Express kerana pemakaian yang mudah.) Terdapat banyak jenis kain lycra dari kualiti paling rendah sehingga kualiti yang paling baik. Jika ada yang menjual tudung yang murah dengan harga yang rendah ini bermakna kualiti jenis kain dan kekemasan jahitan adalah kurang. Kualiti kain tersebut amat berbeza dengan kain yang berkualiti tinggi sebagai contoh kain yang berkualiti tinggi terasa sejuk semasa memakainya  walaupun dalam keadaan panas sedangkan kain yang berkualiti rendah membuatkan kita mudah berpeluh dan ada yang kainnya mudah berbulu selepas dibasuh beberapa kali serta warna semakin pudar dan lusuh.Manakala kain yang berkualiti tahan lama, sejuk, kelembutan kain yang berbeza dan warna masih bertahan walaupun dibasuh banyak kali.
Dari segi harga cadangan yang bersesuaian jika ingin membeli atau menjualnya, kualiti kain yang rendah ini harga tudung yang dijual dari RM 5 sehingga RM20 mengikut saiz, corak jahitan, tampalan batu dan labuh tudung. Manakala bagi tudung yang dari kualiti kain yang baik harga yang bersesuaian secara kasar di antara RM 30 sehingga RM 70 mengikut kriteria yang telah saya nyatakan tadi. Tetapi ada di antara butik yang menjual melebihi harga cadangan kerana penggunaan jenama terkenal, kos upah pekerja, pengiklanan, model dan lain-lain lagi yang perlu diambilkira.
Oleh itu, saya berharap pada semua agar menilai dengan sewajarnya keperluan masing-masing. Jangan hanya menilai dari segi harga tetapi menilai dari segala aspek sebelum membeli. Pembelian itu biarlah mengikut kemampuan dan janganlah terlalu membazir atau terlalu terburu-buru. Jika ada yang lebih berkemampuan tidak salah sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang berkualiti dan tinggi nilai disamping berjenama.Jika tanpa jenama pun tidak salah untuk dibeli dan dipakai. Mengikut kepada kemampuan dan pendapat individu masing-masing. Di masa akan datang kita bertemu lagi mengenai jenis tudung yang berlainan pula....insyaallah...-aisyah  

Tuesday, February 15, 2011

BEAT the BANK MORTGAGE !!!

~ a Mortgage Plan that Save Half Cost of the Interest ~ 
HOUSE/PROPERTY REFINANCING SCENARIO


Old Loan     New Loan
Amount Borrowed RM 500,000.00    Amount Borrowed RM 500,000.00
Tenure 30 years     Tenure 17 years
Interest Rate 7.75 %      Interest Rate 4.75 %
Repayment RM 3,582.00      Repayment RM 3,578.00
Total Interest RM 789,542.00      Total Interest RM 229,690.00
Total Amount RM 1,289,542.00        Total Amount RM 729,690.00

Tenure Save = 13 years ; Total Amount Save = RM 559,852!!!
 
CLIENTS BENEFITS
1. Save up to 90% Interest.
2. Reduce Monthly Payment.
3. Extra Cash gain from Capital Appreciation.
4. Refinancing at LOW interest rate.
(BLR – [1.5 - 2 % or more) ( Current BLR 6.30 %)
5. Shorten Tenure to ½ , pay the same amount
of installment.
6. Various and Flexibility Option.
7. Convenience and Time Saving.
8. Substantial Savings.
9. Independent Advisory.
10. One Stop Center.

Thursday, February 3, 2011

PENGALAMAN YANG AMAT BERMAKNA

Banyak sangat masa terluang sempena Tahun Baru Cina kali ni. Jadi peluang ini saya gunakan untuk kongsi pengalaman ketika membeli rumah pertama. Sebelum ini saya ada menulis tentang kesukaran ketika mencari dan mendapatkan rumah pertama. Sebenarnya ini adalah suatu cabaran yang sangat bagus dan memberikan saya satu pengetahuan yang sangat berguna. Setelah mendapat rumah yang saya idam-idamkan ketika berusia 30 tahun, jauh di dalam hati terasa sangat rugi dan menyesal kerana sebelum ini tiada seorang pun yang menggalakkan saya untuk membeli rumah untuk dijadikan aset. Paling ramai menyuruh saya membeli kereta yang bagus lagi mahal supaya nampak gah di mata orang.
          Berbalik kepada pengalaman tadi, saya mengambil masa kira-kira 5 bulan untuk mencari rumah yang sesuai untuk didiami bertepatan dengan kemampuan untuk membayar kepada pihak bank. Ini adalah langkah pertama sebelum kita membeli rumah kerana kita akan menanggung hutang selama 30 tahun dengan pihak bank dan jika tersalah pilih akibat yang bakal ditanggung tidak dapat saya gambarkan. Apa yang perlu kita lihat ialah samada kawasan itu freehold atau leasehold. Kemudian perlu dilihat jiran sekitar, kerana jiran yang bagus akan membuatkan kita tersenyum setiap hari. Apa yang saya hendak kongsi di sini ialah, rumah pertama saya beli dengan harga RM290k pada hujung 2009 dan setelah selesai segala urusan dan ketika berpindah masuk ke rumah baru hujung tahun 2010 harga yang dinilai oleh pihak bank telah meningkat kepada RM350k. Ini bermakna saya telah membuat keuntungan sebanyak RM60k untuk setahun.
          Lihatlah keuntungan yang saya dapat untuk satu tahun, lalu segala penat lelah untuk mendapatkan rumah ini hilang dengan sekelip mata. Lantas saya membimbing adik saya agar mencari sebuah rumah sebelum membeli kereta. Alhamdulillah, seawal umur 24 tahun, adik saya telah memiliki sebuah apartment di Subang. Untuk rumah ini, adik saya tidak mendahulukan wang deposit RM10k sahaja dan setelah mendapat kunci pihak peguam menyerahkan cek rm16k. Ini bermakna adik saya membeli rumah dan mendapat duit sebanyak RM6k. Sekarang kami masih mencari hartanah yang berbaloi untuk dibeli, manakala matlamat saya pada tahun depan untuk membeli sebuah kondo di tengah bandar Kuala Lumpur. Amin 

Monday, January 31, 2011

TABIAT ORANG KITA

         Hari ini masuk hari ketiga saya di kampung halaman, hujan mencurah turun tidak henti-henti di Temerloh. Dalam kesejukan hujan saya terpikir, sempat lagi berfikir tentang orang melayu. Sebilangan besar orang melayu susah hendak percaya pada diri mereka sendiri. Takut untuk mengambil risiko bagi meningkatkan taraf hidup serta memperjuangkan ekonomi bangsa.Menceburi bidang ekonomi ibarat sumpahan yang akan menjerat diri. Kita biasa dengar ayat ini dari kawan-kawan "aku malas nak berhutang" atau "aku dah hidup selesa, buat apa susahkan diri" dan lain-lain lagi
          Pada pandangan saya, pelaburan yang kurang risikonya ialah hartanah. Pelaburan hartanah memang perkara baru bagi kaum melayu. Masih ramai yang berasa takut dan sangsi untuk menyertai bidang ini. Sekadar untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal pun menjadi satu perkara yang sukar. Inikan pula membuat pelaburan hartanah bagi tujuan sewaan atau aset simpanan hari tua. Ini adalah perkara biasa kerana saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Pening memikirkan bagaimana hendak membeli rumah sebagai tempat berteduh isteri serta anak yang bakal lahir. Kawasan mana yang sesuai untuk didiami serta bertepatan dengan harga yang kita mampu.
         Sekarang ini di kawasan bandar, hampir tiada rumah yang berharga kurang dari rm200k. Itu belum dipikirkan bayaran deposit 10%, yuran guaman dan bayaran peguam. Dah dapat rumah dan dah ada duit deposit, pening lagi memikirkan permohonan pinjaman perumahan kepada pihak bank. Bukan senang kita nak pergi bank untuk mendapatkan pinjaman bank dan lebih malang jika permohonan kita ditolak. Bagi yang yang pernah mengalami nasib seperti saya mesti serik untuk membeli rumah buat kali kedua. Ada kawan-kawan saya pula, umur mencecah 35 tahun tapi masih menyewa kerana takut untuk membeli rumah. Pelik ye, tapi beli kereta mampu pulak.
          Sebenarnya ada cara untuk kita membeli rumah idaman kerana pepatah ada menyebut, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" yang penting kita mesti tetapkan matlamat. Pelbagai buku saya baca ditambah dengan carian di blog pelabur unit hartanah serta bergaul dengan orang yang berjiwa besar barulah saya berani untuk menceburi bidang ini serta membantu para sahabat yang perlukan bimbingan. Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan rumah idaman di tempat yang kita impikan akan saya ceritakan pada masa akan datang.

Sunday, January 30, 2011

Tudung Oh Tudung!

Macam-macam jenis tudung sekarang. Macam-macam jenis nama. Ada tudung bawal, tudung siti, tudung arianni, tudung rozita che wan....and yang paling kelakar tudung dato k...hai....cian dato k...tak pakai tudung tapi orang letak nama dia...Tapi topik yang kita selalu tertanya-tanya....kenapa ada yang murah dan ada yang mahal? Jenis tudung sama. Ada yang membezakan harga semasa membeli...ayat biasa "baik aku beli yang murah dari kedai A daripada beli dengan kedai B yang harga mahal".
Sebenarnya jika dilihat dari jenis nama tudung sebagai contoh tudung arianni memanglah sama...tetapi kita juga perlu lihat dari segi jenis kain yang digunakan, kekemasan jahitan serta beberapa faktor lagi.Belum campur aksesori yang digunakan sebagai contoh manik atau batu. Itulah...ada yang terus membeli tanpa menilai sama ada berbaloi dengar harga atau tidak...janganlah biar bergaya duit di poket tinggal habuk je...kita akan bersambung di lain masa mengenai harga tudung yang berbaloi dengan jenis kain...sehingga berjumpa lagi