Hari ini masuk hari ketiga saya di kampung halaman, hujan mencurah turun tidak henti-henti di Temerloh. Dalam kesejukan hujan saya terpikir, sempat lagi berfikir tentang orang melayu. Sebilangan besar orang melayu susah hendak percaya pada diri mereka sendiri. Takut untuk mengambil risiko bagi meningkatkan taraf hidup serta memperjuangkan ekonomi bangsa.Menceburi bidang ekonomi ibarat sumpahan yang akan menjerat diri. Kita biasa dengar ayat ini dari kawan-kawan "aku malas nak berhutang" atau "aku dah hidup selesa, buat apa susahkan diri" dan lain-lain lagi
Pada pandangan saya, pelaburan yang kurang risikonya ialah hartanah. Pelaburan hartanah memang perkara baru bagi kaum melayu. Masih ramai yang berasa takut dan sangsi untuk menyertai bidang ini. Sekadar untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal pun menjadi satu perkara yang sukar. Inikan pula membuat pelaburan hartanah bagi tujuan sewaan atau aset simpanan hari tua. Ini adalah perkara biasa kerana saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Pening memikirkan bagaimana hendak membeli rumah sebagai tempat berteduh isteri serta anak yang bakal lahir. Kawasan mana yang sesuai untuk didiami serta bertepatan dengan harga yang kita mampu.
Sekarang ini di kawasan bandar, hampir tiada rumah yang berharga kurang dari rm200k. Itu belum dipikirkan bayaran deposit 10%, yuran guaman dan bayaran peguam. Dah dapat rumah dan dah ada duit deposit, pening lagi memikirkan permohonan pinjaman perumahan kepada pihak bank. Bukan senang kita nak pergi bank untuk mendapatkan pinjaman bank dan lebih malang jika permohonan kita ditolak. Bagi yang yang pernah mengalami nasib seperti saya mesti serik untuk membeli rumah buat kali kedua. Ada kawan-kawan saya pula, umur mencecah 35 tahun tapi masih menyewa kerana takut untuk membeli rumah. Pelik ye, tapi beli kereta mampu pulak.
Sebenarnya ada cara untuk kita membeli rumah idaman kerana pepatah ada menyebut, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" yang penting kita mesti tetapkan matlamat. Pelbagai buku saya baca ditambah dengan carian di blog pelabur unit hartanah serta bergaul dengan orang yang berjiwa besar barulah saya berani untuk menceburi bidang ini serta membantu para sahabat yang perlukan bimbingan. Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan rumah idaman di tempat yang kita impikan akan saya ceritakan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment