Thursday, February 3, 2011

PENGALAMAN YANG AMAT BERMAKNA

Banyak sangat masa terluang sempena Tahun Baru Cina kali ni. Jadi peluang ini saya gunakan untuk kongsi pengalaman ketika membeli rumah pertama. Sebelum ini saya ada menulis tentang kesukaran ketika mencari dan mendapatkan rumah pertama. Sebenarnya ini adalah suatu cabaran yang sangat bagus dan memberikan saya satu pengetahuan yang sangat berguna. Setelah mendapat rumah yang saya idam-idamkan ketika berusia 30 tahun, jauh di dalam hati terasa sangat rugi dan menyesal kerana sebelum ini tiada seorang pun yang menggalakkan saya untuk membeli rumah untuk dijadikan aset. Paling ramai menyuruh saya membeli kereta yang bagus lagi mahal supaya nampak gah di mata orang.
          Berbalik kepada pengalaman tadi, saya mengambil masa kira-kira 5 bulan untuk mencari rumah yang sesuai untuk didiami bertepatan dengan kemampuan untuk membayar kepada pihak bank. Ini adalah langkah pertama sebelum kita membeli rumah kerana kita akan menanggung hutang selama 30 tahun dengan pihak bank dan jika tersalah pilih akibat yang bakal ditanggung tidak dapat saya gambarkan. Apa yang perlu kita lihat ialah samada kawasan itu freehold atau leasehold. Kemudian perlu dilihat jiran sekitar, kerana jiran yang bagus akan membuatkan kita tersenyum setiap hari. Apa yang saya hendak kongsi di sini ialah, rumah pertama saya beli dengan harga RM290k pada hujung 2009 dan setelah selesai segala urusan dan ketika berpindah masuk ke rumah baru hujung tahun 2010 harga yang dinilai oleh pihak bank telah meningkat kepada RM350k. Ini bermakna saya telah membuat keuntungan sebanyak RM60k untuk setahun.
          Lihatlah keuntungan yang saya dapat untuk satu tahun, lalu segala penat lelah untuk mendapatkan rumah ini hilang dengan sekelip mata. Lantas saya membimbing adik saya agar mencari sebuah rumah sebelum membeli kereta. Alhamdulillah, seawal umur 24 tahun, adik saya telah memiliki sebuah apartment di Subang. Untuk rumah ini, adik saya tidak mendahulukan wang deposit RM10k sahaja dan setelah mendapat kunci pihak peguam menyerahkan cek rm16k. Ini bermakna adik saya membeli rumah dan mendapat duit sebanyak RM6k. Sekarang kami masih mencari hartanah yang berbaloi untuk dibeli, manakala matlamat saya pada tahun depan untuk membeli sebuah kondo di tengah bandar Kuala Lumpur. Amin 

No comments:

Post a Comment