sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini ...kekangan masa walaupun banyak yang saya ingin kongsikan dengan semua menyebabkan usaha untuk berkongsi maklumat terbantut seketika..
kali ini saya ingin menceritakan tentang penjualan tudung yang semakin menarik perhatian ramai, bukan sekadar orang yang ingin membeli tetapi yang mencuba untung menjual tidak kiralah sama ada hasil jahitan sendiri atau modalkan wang untuk membeli secara borong dan menjual kembali kepada orang ramai.
Jika anda hendak memulakan perniagaan tudung yang pertama sekali yang anda perlu menitik beratkan cara anda memasarkan tudung anda. Jika anda peniaga kecil-kecilan yang menjahit tudung sendiri cara mempromote tudung anda secara tidak langsung adalah memperkenalkan kepada rakan-rakan atau jiran terdekat..kemudian pelbagaikan corak serta rekabentuk yang anda buat. Ini adalah salah satu attraction yang perlu untuk menarik minat orang bertanyakan tentang tudung anda. selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai cara melalui internet untuk mengiklankan tudung anda seperti facebook, di mudah.com, twitter dan banyak lagi.
Anda juga perlu melihat kos dan harga jualan. bagi yang menjahit sendiri kos yang digunakan adalah mengikut pembelian harga kain, benang dan lain-lain keperluan jahitan. Jumlah pembelian ini biarlah berbaloi serta yang paling minimum.Jadi untung yang anda dapat adalah berbaloi dengan usaha anda. Tetapi bagi mereka yang beli secara borong tidak perlu memikirkan ini semua....mereka hanya perlu mengeluarkan kos pembelian tudung yang telah siap secara belian borong dan mereka juga dapat memilih corak atau jenis kain yang mereka inginkan. So masing-masing ada pro dan kontra nye...bak kata pelawak terkenal...lu pikirlah sendiri. Tetapi bagi saya jika ada kemahuan disitu ada jalan yang paling penting jangan lah bina jalan separuh je.hehehe...sekian jumpa lagi
No comments:
Post a Comment